MACAM MANA SEORANG WANITA MUDA DARI ZERO BERNIAGA KINI MAMPU JANA INCOME 5 ANGKA SEBULAN

MACAM MANA SEORANG WANITA MUDA DARI ZERO BERNIAGA KINI MAMPU JANA INCOME 5 ANGKA SEBULAN

768 1024 Product Wan

Assalammualaikum.. Saya Misha Dahalan Stokis Nibong Tebal Penang..

Saya berumur 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 org putri.. saya hanya suri rumah tangga sepenuh masa.. sy berasal dari negeri sembilan tp menetap di Jawi Penang

Dan sekarang Alhamdulillah sy sudah masuk bulan ke 6 sy bersama dengan Team Produk wan dan sy ada 60 org pengedar, income sy mencecah 4 -5 angka sebulan.

Mula ye sy temu produk wan ni Pada Sep 2016 iklan PRODUK WAN di FB dan sy terus whatsapp admin produk wan bertanyakan tentang stokis masih ada kosong di kawasan sy atau tidak… syukur alhamdulillah rezeki sy, sy dpt jd stokis PRODUK WAN di kawasan Nibong Tebal penang..

 

Masa tu sy baru ja abis pantang melahirkan ank no3 suami sy kerja driver lory dan memang jarang ada di rumah.. sy buat biz ni sendiri sampai ja stok dr HQ sy bg jiran-jiran set tester suruh bau, bila malam tu jiran bagi list order nk order 10unit teruja sangat masa tu 1st sale dpt RM100 heheh… dari situ saya semangat dan terus lg menjual dan mencari pengedar-pengedar bawah sy.

Pada bulan pertama sy jd stokis produk wan Alhamdulillah order banyak masuk, waktu pagi lepas hantar anak p tabika kemas sy packing order.. lepas pukul 12 sy jemput anak balik tabika sy bawak semua anak2 sy 3 org tu termasuk baby baru usia 2 bulan pergi pejabat pos.. kadang-kadang order terlalu banyak saya tinggalkan anak sy dalam kereta suruh kakak yg usia 5 tahun jaga adik2 ALLAH sahaja pelindung anak-anak sy masa itu.. itu la hari paling mencabar dlm diri sy.. tido lewat malam siap kan order pengedar – pengedar susun stok.. dalam diri sy tak ada istilah putus asa selagi saya boleh buat sy akan buat.. ada anak kecik bukan penghalang untuk sy berjaya dan terus capai cita2 saya..

 

 

Pada bulan pertama bulan OCT sale saya 1113 unit masa itu sy ada dlm 15 org pengedar sahaja dan bulan ke-2 sale saya naik 1531 unit , bulan ke-3 sale saya 2505 unit, bulan ke-4 pada JAN 2017 sale sy 4127unit.. masuk tahun baru ni sy berazam dalam diri saya nk menunai kan UMRAH bersama mak n suami saya.. jadi sy fokus buat dan buat.. pada bulan ke-5 sale saya mendadak naik sehingga 7161unit dan terus naik lg pada bulan ke-6 MAC 2017 buat pertama kali ye sy pecah rekod sale sy mencecah 12,467unit

dan mempunyai 60 orang pengedar di seluruh negeri yang aktif….pengedar saya ada yg dah dapat income 4 angka sebulan dengan hasil jualan produkwan shaja ada juga yg suami terpaksa berhenti kerja bantu isteri di rumah packing order produk wan…

 

Dulu masa mula-mula join stok saya simpan dlm kotak saja 1 bau tu sy ada 3unit shaja lepas bulan ke2 sy beli rak cermin di IKEA… dan sekarang atas permintaan tinggi stok sy kini hampir 2k unit dan sy korban kan 1 bilik tido jadikan tempat simpan stok sy dan office untuk produk wan.. lepas ni klau tak muat 1 bilik ni Doa kan saya dapat buka kedai PRODUK WAN.. inn sya ALLAH itu impian saya.. yang penting fokus utama sy nak pergi umrah dulu.. heheh

 

Alhamdulillah produk wan dikenali ramai, pengedar setiap hari datang rumah restok 1 hari sale 300 – 500 unit terjual dari TEAM NIBONG TEBAL.

 

Target saya pada APRIL 2017 SALE sy mencecah 15K unit Aamiin… dan nak tambah lagi 20 org pengedar yang ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan.

Alhamdulillah dengan hasil produkwan ni saya dapat membantu lagi ramai orang, saya dapat jaga mak saya, yang saya hantar dia di pondok sy dapat hadiahkan pengedar-pengedar saya barang2 kemas, bagi reward pada mereka dan bantu adik beradik dan suami..

Pada bulan ke4 sy target sale sy cecah 4k sy akan buat kenduri doa selamat di rumah dan panggil ank-ank yatim dan sedekah mereka minyak wangi seorg satu pada mereka.. happy tgk adik-adik yg masih kecil gembira bila dpt minyak wangi seorg 1..

Dan pada bulan ke-5 sale saya cecah 7k.. saya hadiahkan mak sy tv di pondok sy syukur impian saya nk jaga mak dan bahagiakan orang tersayang saya tercapai jugak dengan hasil jualan produk wan.

Masuk bulan ke-6 ALLAH menguji hamba ye.. suami sy terpaksa berhenti kerja kerana lori yang di bawa selama ni syarikat dia jual.. sekarang suami saya bantu saya di rumah packing stok n jaga ank2 jika sy sibuk ambil order.. dan kami juga ada buka di karnival2 dan pasar malam.. setiap ujian pasti ada hikmah ye…

 

Seorang pengedar saya TOP SALE setiap bulan… sy pernah suruh dia jadi stokis produkwan sebab sale dia sebulan 4k.. tp yang menyentuh hati sy bila dia kata..” walau macam mana pun sha aku tetap nk duduk bawah ang aku tak mau jadi stokis, aku dari 0 sampai la aku sampai tahap ni ang ajar aku sha, bulan ni aku tak mau reward emas sha aku nak ang amik no acc asb aku ni masukkan duit dalam acc ni.. niat aku nak simpan duit nak p UMRAH sama2 dengan ang sha” SUBAHANALLAH… INI LA NIKMAT YG SY DPT DARI NIAT HATI SAYA BERNIAGA KERANA INGIN BANTU LAGI RAMAI ORG ALLAH temukan sy dengan org yg betul2 nak di bantu syukur alhamdulillah..

 

Saya Syukur pada ALLAH SWT sy dapat pengedar-pengedar yang aktif, konsisten, baik, mudah berusan dan dapat bos yg baik-baik seperti CEO WAN, DATO HISHAMUDDIN, TUAN FAIZ ,TEAM PRODUKWAN dan rakan-rakan STOKIS YANG LAIN yg banyak kongsi ilmu support antara satu sama lain dan dapat TEAM yg POSITIF, dapat customer yang sangat suka dan sentiasa repeat order.

 

BEST yer PRODUKWAN ni harga mampu milik, kualiti tinggi setanding antarabangsa, perfume bau tahan lama, boleh bawa solat dan paling best boleh jana income ribuan ringgit sebulan… ibu – ibu suri rumah tangga di luar sana yang masih tercari-cari nak biz dengan modal yang rendah hanya RM27.00SM / RM30 SS boleh PM sy..inn sya ALLAH sy akan bantu anda di luar sana.

“Kita mudahkan urusan orang lain, inn sya ALLAH dipermudahkan juga urusan kita” ini la yg selalu sy pegang… dan niat la setiap hari “SAHAJA AKU BERNIAGA HARI INI KERANA ALLAH TAALA”

TIPS DARI SAYA..
– NIAT KERANA ALLAH

– BERSEDEKAH
– NAK BANTU LAGI RAMAI ORG

Salam sayang dr sy

MISHA STOKIS NIBONG TEBAL PENANG

2 comments

Leave a Reply

Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.