Monthly Archives :

October 2017

540 960 Product Wan

Sebelum ni tak pernah pun terlintas di fikiran akak untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi akak berbisnes ni susah, kena ada banyak modal dan harus berpelajaran tinggi.

Salam sejahtera kepada semua sahabat akak.. Saya DEWI GENAM, seorang surirumah sepenuh masa. Berumur 34 tahun dan berasal dari daerah Baram…

Di sini akak nak kongsikan sesuatu yg akak rasa bermanfaat kepada sahabat akak, terutamanya surirumah seperti akak๐Ÿ˜Š..

Sebelum ni tak pernah pun terlintas di fikiran akak untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi akak berbisnes ni susah, kena ada banyak modal dan harus berpelajaran tinggi.

Suatu hari, akak lihat kat fb ramai surirumah yg dah mula berjinak-jinak dengan biz online. Minat mula timbul untuk mencuba. Jadi, akak cuba buat apa yg orang lain buat… Sebab nampak seronok dan meriah jer…

Cuba dan terus mencuba… ๐Ÿ˜Œ..satu pun tak menjadi. Produk bagus TAPI modal tinggi dan susah nak jual sebab kita takde ilmu pengetahuan tentang bisnes. Nak buat pusingan modal pun susah..

Sehinggalah, suatu hari akak terjumpa dengan sorang kawan yg buat biz productwan… ๐Ÿ˜Š
Semangat timbul kembali….

Sebelum ni akak pernah bekerja, gaji bulanannya.. Cukup-cukup jer…
Dengan kos sara hidup yg smakin meningkat, nak bayar sewa rumah, kereta, bagi keperluan anak-anak dan ibubapa.. Memang tersangat memeningkan kepala. Nak tunggu hujung bulan.. duit poket dah kering.

Terlintas di fikiran utk cuba biz productwan pula. Modal yg tersangat rendah, permintaan yg tinggi, mudah untuk di jual, mampu di miliki dan senang nak buat pusingan modal.

๐Ÿ˜ŠSuatu hari, akak nekad utk berhenti kerja dan hanya fokus utk buat satu jer bisnes… Iaitu PRODUCTWAN. syukur dengan adanya sokongan dari keluarga dan sahabat ๐Ÿ˜Š..bis akak berjalan dengan lancar. KINI team akak(sibuti) ada seramai 80 org. Biz productwan ni, lain dari yg lain. Kenapa akak kata begitu.. ๐Ÿ˜Šsebab kita di ajar dan di didik cara untuk buat bisnes. Cara untuk handle team sendiri. Langkah demi langkah.. Syukur sejak di pertemukan dengan productwan ni, segala keperluan keluarga jadi ringan.. ๐Ÿ˜Š

Dengan adanya tunjuk ajar, sale marketing, produk yg berkualiti, modal mampu milik, akak PERCAYA DAN YAKIN sahabat akak juga boleh berjaya dengan PRODUCTWAN. Kepada sesiapa yg berminat untuk suatu perubahan.. Akak mengalu-alukan kehadiran anda utk sertai kami

๐Ÿ˜Škunci utama untuk biz ni, adalah DOA, USAHA, FOKUS DAN KONSISTEN..

sekian daripada saya, Dewi Genam stokis productwan sibuti sarawak..

720 960 Product Wan

Saya beranikan ni, saya cabar diri saya sendiri, nak berjaya saya kena berkorban

Assalamualaikum dan salam sejahtera๐Ÿ˜„.

Saya Nooratikah binti Rohazid boleh panggil ika. Saya seorang peniaga warung kedai kopi di sebuah kampung. Saya mula berniaga pada bulan mei tahun 2011 dengan bermodalkan rm60 jer masa tu. Peringkat awal,saya hanya jual air dengan roti jer. Kemudian hasil duit jualan saya rolling dapat la tambah barang2 kedai. Saya masuk barang2 keperluan dapur, dari situ saya start jualan runcit sambil2 jual air. Selama 3tahun saya berniaga, ikhlas saya cakap,saya xdapat pergi mana2. Saya fokus kat kedai jer.
Jatuh bangun dalam dunia perniagaan banyak saya lalui.

Tapi itulah kan, xsemua yang kita harapkan kita dapat. Saya mula buat pinjaman amanah ikhtiar dan bank untuk tambah baik perniagaan saya. Stok2 makin banyak. Hari2 saya mula berniaga dari pukul 9pagi sampai pukul 1pagi, kadang2 lewat 3pagi. Saya tak cukup rehat dengan anak kecil lagi masa tu, saya jaga sendiri sambil urus kedai. Bila badan penat, rehat xcukup, stress pun datang. Macam2 masalah saya hadapi.

Lama2 saya buat keputusan untuk pergi belajar, tambah ilmu. Mujur la masa tu rezeki saya, terpilih join MDEC, belajar ilmu online marketing. Dari situ saya belajar buat business online. Saya banyak keluar cari ilmu untuk saya capai apa yang saya nak dalam hidup ni. Saya xfikir saya boleh handle kedai saya selamanya. Saya nak ada pendapatan dan dalam masa yang sama saya punya banyak waktu dengan anak dan suami.

Selepas saya jumpa produkwan, saya berminat untuk jadi pengedar. Masa tu serius saya cakap saya tak tahu apa2 pasal perfume, nama2 perfume famous2 pun saya xtahu. Maklumlah saya dari golongan bukan orang senang, jadi perfume pilihan terakhir saya beli..hahaha…tapi tu la hakikatnya..bila jumpa produkwan ni, saya terus jatuh hati.

Semua bau bauannya wangi2, memang memikat hati saya. Lepas tu ada 15pilihan jer. Memang senang kalau nak jual kan. Tak banyak, so, mudah nk perkenal kat kawan2 kan. Lagipun produk ni 100% pati, boleh bawa solat, bau pun tahan lama. Kadang2 baju xbasuh seminggu pun bau wangi lagi..try cuba klau nak tahu..haha..untung pun besar, dari 20%-40%. Dari situ saya mula berniaga produkwan.

Tak lama saya jadi pengedar, lepas tu saya terus up stokis. Saya beranikan ni, saya cabar diri saya sendiri, nak berjaya saya kena berkorban. Saya pergi gadai barang kemas saya untuk buat modal. Saya yakin saya boleh buat. Saya nak bantu ramai diluar sana yang tercari cari produk yang mudah nak jual dengan harga yang sememangnya semua mampu beli. Sejak join stokis,saya target saya nak bantu ramai2 kawan2 nak tambah duit poket, nk bantu suami, keluarga dengan meniaga produkwan ni. Alhamdulillah, ramai kawan2 saya sokong dan ramai yang mencuba. Sampai sekarang alhamdulillah,saya bersyukur saya mampu bantu dorang tambah pendapatan dengan meniaga produkwan ni. Order sentiasa ada, yang serius buat business ni alhamdulillah saya boleh nampak perkembangan diorang. Nak dengan tak nak jer.

Saya selalu tanya agent2 saya yang mana ada masalah boleh terus whatsapp saya. Bila2 masa saya akan tolong. Banyak pengalaman selama dekat setahun saya jadi stokis produkwan ni saya dapat, dan ilmu yang saya belajar sedikit demi sedikit saya boleh kongsi dengan agent2 saya. Alhamdulillah, dengan produkwan juga saya mampu langsaikan segala hutang piutang saya selama ni, saya dapat bantu ramai orang. Kini, hidup saya lebih tenang. Saya ada banyak masa dengan keluarga.

Saya selalu ingatkan diri saya, agent2 seperti keluarga saya sendiri, tanpa mereka, siapalah saya. Dengan usaha mereka, dengan apa yang saya ajar mereka, mereka buat dan mereka dapat. Lagipun dengan join family produk wan ni, banyak ilmu2 free anda akan dapat, dengan ceo wan sendiri yang tak pernah loket ilmu, sudi turun padang bersama kita semua. Saya xsayang pun duit saya untuk bagi gift, bagi penghargaan untuk hargai jasa2 mereka.

Untuk anda diluar sana yang berminat untuk jana pendapatan dengan modal yang rendah, risiko rendah jom lah join produkwan. Saya yakin anda tak menyesal, anda buat, anda berani, anda berjaya. Tiada siapa dapat ubah hidup kita kalau kita sendiri tak mencuba untuk ubah hidup kita sendiri. Ingatlah, rezeki orang berniaga sangat luas, tiada limit.

Bergantunglah sepenuhnya pada yang maha pemberi. Sesungguhnya dialah yang maha berkuasa atas sesuatu..
Allah juga telah berfirman dalam surah at-Talaq: ayat 2-3
Maksudnya: “barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Inilah janji allah..

Berdoalah dan mohonlah bersungguh-sungguh kepadanya, insyaallah dia akan bantu hambanya. Jangan pernah putus asa..
Ini saja nukilan dari hati ikhlas saya, semoga pembaca yang sudi baca kisah saya ni dapat sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua.
Sekian, terima kasih..
Ikhlas: Ika, stokis produkwan jeli, kelantan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š

540 960 Product Wan

Niat sy berniaga ketika itu hanyalah untuk menambah serba sedikit kewangan keluarga.tetapi kini, setelah 4 bulan bergelar stokis,sy mampu memperoleh pendapatan sendiri secara tak lansung sy mampu membantu suami ringankan beban perbelanjaan keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya Nurullia seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 4 orang ‘hero’..
Di sini dengan sengaja nya sy kongsikan sesuatu kepada semua tentang kehidupan sy yg dulu dan sekarang.

Bermula:
Sebelum ni sy sy pernah mencuba berbisnes secara online tetapi tak pernah menjadi. Mungkin kerana kekurangan ilmu dan juga tiada tunjuk ajar dari mentor atau guru yang boleh saya rujuk. Segalanya saya perlu lakukan sendiri.. Sehingga kini, 4 bulan yang lepas saya terjumpa dengan product wan. Pada permulaan nya sy hanya lah pengedar biasa sahaja selama 1 bulan. Oleh kerana sale ketika itu amat memberangsangkan,saya ingin bertukar untuk menjadi stokis pula. Alhamdulillah ada rezeki sy ketika itu dan sy diberi peluang menjadi stokis di parlimen saya Jelebu.Niat sy berniaga ketika itu hanyalah untuk menambah serba sedikit kewangan keluarga.tetapi kini, setelah 4 bulan bergelar stokis,sy mampu memperoleh pendapatan sendiri secara tak lansung sy mampu membantu suami ringankan beban perbelanjaan keluarga, ibu bapa, adik beradik dan saudara mara walaupun tidak setinggi gunung. Boleh saya katakan di sini apa yang saya perolehi sudah melebihi dari apa yang saya target kan. Syukur alhamdulillah..

Sekarang, fokus saya,keinginan sy hanya satu.setelah apa yang saya perolehi sehingga kini, telah tiba masa nya untuk sy kongsikan kepada anda semua yang pernah mengalami atau merasai ‘ketidakcukupan’ seperti sy dahulu kepada ‘cukup’.. Di sini saya tidak menjanjikan kekayaan, tetapi cukup sekadar kesenangan.pendek kata, siapa usaha lebih, dia akan peroleh lebih.
Marilah kita bersatu teguh untuk sama-sama berjaya dalam satu team keluar dari kelompok ‘kekurangan atau bebanan kewangan’ yang kita hadapi masa kini.insyaallah kita semua boleh berjaya bersama product wan kerana dengan adanya mentor dan sifu yg terbaik.. Antaranya adalah tuan ceo product wan sendiri iaitu wan Mohd Harizmi sendiri yang sentiasa ada untuk mengorak langkah kejayaan bersama, amat petah dan bijak berbicara ketika menyampaikan sesuatu.x pernah lokek untuk kongsi ilmu yang di perolehi. Begitu juga dengan mentor mentor hebat yang lain.

Oleh itu, kepada anda semua yang ingin atau masih tetcari cari bisnes yang sesuai,yang ingin keluar dari masalah kewangan,atau yang ingin menambah pendapatan, saya sarankan supaya anda sertai kami. Dengan ada nya tunjuk ajar secara percuma tentang perniagaan, sale marketing, produk berkualiti, modal permulaan yang rendah, harga mampu milik, senang dijual, reward bulanan, contest bulanan dan bermacam lagi, tiada alasan untuk anda berjaya bersama sama kami. Insyaallah. Kita usaha yang terbaik kerana kunci sebuah kejayaan adalah usaha.
Sekian dari sy Lia stokis Jelebu bagi Product Wan.

960 960 Product Wan

Tiada kedai 100% dilakukan di rumah ,pengalaman bagaimana permulaan sale hanya 100-200 sebulan KINI sale dah cecah 10k sebulan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ,saya tuan noryadaini tuan Ahmad ,lebih mesra dipanggil kak tuan ๐Ÿ˜Šsalam perkenalan untuk sahabat positif semua .
Ada 6 org cahayamata dan insyaallah tahun depan rezeki bakal menerima kehadiran anak ke7 .doakan dipermudahkan semuanya insyaAllah .hanya suri rumah sepenuh masa sebelum bergelar “tokey minyak wangi”๐Ÿ˜„@usahawan produk wan.teruja sebenarnya kak tuan nak kongsi pengalaman dengan sahabat semua bagaimana dari zero ilmu tentang biz kepada “suri rumah berstatus usahawan “.
.
.
Alhamdulillah dah hampir 1 tahun 8 bulan kak tuan join produk wan ,pengalaman suka duka bagaimana bermula dengan modal yang boleh dikatakan mampu untuk semua ,pengalaman bagaimana kak tuan bermula dari bawah ,tanpa simpan apa2 stok ,tiada kedai 100% dilakukan di rumah ,pengalaman bagaimana permulaan sale hanya 100-200 sebulan KINI sale dah cecah 10k sebulan ,dan macam2 lagi pengalaman jatuh bangun dalam biz produk wan ,itu semua berkat sabar ,istiqomah ,usaha dan tidak putus asa untuk mengubah kewangan sekaligus ingin membantu sahabat kat luar sana yang kebuntuan dengan kewangan yg makin memeningkan kepala .
.
.
Sebelum biz produk wan ,hanya pasarkan sendiri kepada sahabat2 dan saudara mara ,alhamdulillah atas tunjuk ajar dari mentor ceo wan sendiri yang memperkenalkan sistem agen ,syukur bukan sahaja kak tuan dapat keluar dari masalah “kewangan “tapi dapat bantu sahabat 2 tak kira jauh atau dekat untuk keluar sama dari masalah kewangan .
.
.
Banyak feedback positif dari agen2 yang rata2 gembira dengan modal sangat rendah ,tak kira kerja apa ,dimana mereka berada pasti ada rezeki hasil jualan produk wan.asalkan mahu semuanya pasti boleh๐Ÿ˜Š
.
.
Setelah setahun lebih bersama produk wan ,fokus utama kak tuan sekarang adalah untuk bantu mana2 agen terutamanya yang bergelar suri rumah ,pelajar atau sesiapa sahaja yang mungkin buntu untuk berniaga atau bermula dengan apa.tak tahu dan tak mampu bukan lagi alasan dalam biz produk wan ,tunjuk ajar percuma akan diberi ,reward ,hadiah tak payah Cakapla ,anda tak bermula sampai bila pun anda tak tahu๐Ÿ˜€
.
.
Akhir kata sedikit pesanan dari kak tuan untuk yang dah bermula ataupun belum bermula ,apapun yang kita lakukan biarla dengan jujur ,dengan restu suami @isteri ,restu orang tua .dan yang paling penting apa sahaja kita lakukan nawaitu kerana Allah taala ,kita jaga Allah yang maha kaya secara automatik Allah “jaga” apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan ,mudah mudahan sedikit perkongsian ini dapat membuka hati sahabat2 untuk memulakan langkah yang bijak

Wasaalam
Stokis produk wan tampin


Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.