KENAPA WAN SUKA PERNIAGAAN WAN SEKARANG

KENAPA WAN SUKA PERNIAGAAN WAN SEKARANG

1024 768 Product Wan

Alhamdulillah syukur hari ni dapat berjumpa dengan TEAM PRODUCTWAN dari WANGSA MAJU, terlebih dahulu wan nak ucap jutaan terima kasih kepada STOKIS wangsa maju kerana kumpulkan sebahagian pengedarnya. Hari ni bertempat di KFC SETIAWANGSA kuala lumpur seramai lebih kurang 10 orang yang menjual productwan di kawasan wangsa maju berkumpul.
.
.
Mereka datang dari beberapa daerah dalam parlimen wangsa maju, macam anda tahu sistem dalam perniagaan wan meletakkan satu stokis satu parlimen sahaja. Apa yg wan kagum dengan mereka ni, ada dari mereka berumur bawah dari 30 an dan ada yang lebih dari 40an, dari 10 orang tadi rupanya seorang jer lelaki, dasyat sungguh wanita, untuk pengetahuan anda semua, tak silap wan 90% stokis productwan adalah wanita, sikit sangat lelaki di dalam team productwan.
.
.
Zaman sekarang ramai betul wanita nak berjaya macam lelaki, termasuk la productwan, wan rasa bertuah juga di pilih oleh ALLAH untuk melatih ramai orang yang tidak pernah berniaga sebelum ni, sekarang dah mula pandai berniaga. Bila wan jumpa stokis atau pengedar wan, wan suka tnya mereka pernah berniaga atau tak sebelum kenal productwan, termasuk la dalam perjumpaan tadi, 90 % yg menyatakan tidak pernah. Wan rasa kalau anda berada di tempat wan dan anda dengar macam tu mesti anda rasa seperti wan rasa sekarang, tersangat bersyukur pada ALLAH dapat bantu mereka menambah side income dan dapat membantu mereka untuk belajar apa itu perniagaan.
.
.
Bila sesi berjumpaan macam ni, banyak benda boleh di kongsi, yang pasti wan dapat merapatkan lagi diri wan dengan penjual-penjual productwan, sebabkan selama ni wan hanya berada di kalangan stokis-stokis sahaja, sbb sistem wan, hq hnya berhubung dengan stokis, dan stokis akan berhubung dengan pengedar. Disitu juga wan boleh melatih stokis wan menjadi LEADER yg berkualiti, terbukti tadi bila wan melihat stokis wangsa maju yang di sukai oleh pengedar-pengedarnya.
.
.
Wan seronok melihat mereka kongsikan pengalaman mereka dengan productwan, sekarang mereka di kenali dan seronok dapat duit dari hasil pernigaan, tadi juga stokis wangsa maju ada buat cabutan bertuah, seronok melihat pengedar yg dapat hadiah senyum sampai ketelinga, hehehe.
.
.
Tu sebab wan suka turun dan berjumpa stokis dan pengedar productwan sekarang, insha ALLAH next wan akan jumpa team lain plak, tq ALLAH dan tq team productwan.

Leave a Reply

Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.