Dalam keadaan ekonomi negara merundum dan kos sara hidup meningkat, terlintas di fikiran saya untuk mencari pendapatan sampingan. Saya telah mencuba pelbagai perniagaan seperti produk kesihatan dan online business yang lain tetapi semuanya tidak berjaya

Dalam keadaan ekonomi negara merundum dan kos sara hidup meningkat, terlintas di fikiran saya untuk mencari pendapatan sampingan. Saya telah mencuba pelbagai perniagaan seperti produk kesihatan dan online business yang lain tetapi semuanya tidak berjaya

1018 1024 Product Wan

Selamat sejahtera,
Nama saya Jonah dari Penampang, Sabah. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang peniaga produk WAN. Sebelum ini saya bekerja sepenuh masa dalam sebuah syarikat swasta selama 22 tahun. Sebagai seorang pekerja makan gaji banyak masa saya luangkan di tempat kerja. Kadang – kadang terpaksa berpisah jauh dari keluarga berminggu – minggu lamanya kerana outstation di KL dan luar negara. Secara ringkasnya masa untuk keluarga adalah terhad. Dalam keadaan ekonomi negara merundum dan kos sara hidup meningkat, terlintas di fikiran saya untuk mencari pendapatan sampingan. Saya telah mencuba pelbagai perniagaan seperti produk kesihatan dan online business yang lain tetapi semuanya tidak berjaya.

Isteri saya telah berkongsi dengan saya perniagaan produk WAN. Katanya modal untuk memulakan perniagaan ini hanya RM 500 sahaja. Pada mulanya saya langsung tidak berminat sebab harga nya RM12 sahaja, tak banyak untung! Lagi pun produk minyak wangi banyak dijual di mana – mana dengan pelbagai jenama, macam mana nak jual? Isteri saya berkeras untuk mencuba dan saya terpaksa akur sebab kami memerlukan pendapatan sampingan untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup.

Setelah beberapa bulan isteri saya memulakan perniagaan, saya nampak hasilnya. Saya sendiri mengunakan body perfume dan juga pewangi kereta. Saya merasa yakin setelah mengunakan produk ini kerana kualiti dan wangiannya. Saya pun membuat keputusan untuk membantu isteri saya berniaga secara part time pada mulanya. Saya sendiri keluar menjual dan mencari pengedar – pengedar baru di hujung minggu.

Syukur kepada Tuhan, business kami semakin berkembang dan pendapatan pun kian meningkat sehinggakan isteri saya pun tak larat melakukannya sendiri kerana terlalu banyak menerima order dari pengedar – pengedar. Pada tahun 2016 dengan hanya bermodalkan RM 500, kami dapat menjana keuntungan bersih sebanyak 5 angka! Bayangkanlah produk ini kecil dan berharga hanya RM 12 tapi boleh menjana keuntungan ribuan ringgit!

Dalam perniagaan apa yang paling penting ialah SIKAP kita. Kalau anda tanamkan minat berniaga, pupuk sikap sabar, konsisten, tidak mudah berputus asa dan senantiasa belajar teknik berniaga yang betul, saya yakin anda akan berjaya. Ayuh mari kita berniaga produk WAN sebab produk ini terbukti berkualiti dan mampu milik.

Leave a Reply

Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.