KENAPA WAN SUKA PERNIAGAAN WAN SEKARANG #PART2

KENAPA WAN SUKA PERNIAGAAN WAN SEKARANG #PART2

960 720 Product Wan

Setelah beberapa tahun wan bekerja dengan orang, rasanya lebih 10 tahun wan kerja dengan orng dan banyak yang wan dapat masa bekerja , pengalaman tu sungguh indah bg wan, wan tersangat berterima kasih kepada ALLAH bg pengalaman tu. Kemungkinan ada orng tidak suka melihat pengalaman yang lepas, bagi wan , wan perlu lihat pengalaman wan yg sebelum ni, sebab pengalaman sebelum ni la buat wan jadi kut dan macam sekarang.

.
.
Selepas wan di beri izin oleh ALLAH untuk buat pernigaan sendiri, wan terima dengan penuh senyuman sebab wan tahu ni la masanya wan nak keluarkan semua apa yang wan dah simpan selama betahun-tahun, dulu masa wan kerja wan tidak ada masa untuk keluar pergi mendegar pengalaman-pengalaman orang yang dah lama berniaga, ya la mana boleh pergi kata kerja dengan orang, setiap masa tu di bayar gaji bukan macam sekarang, pergi seminar pun boleh claim gaji juga.heheh
.
.
alhamdulillah syukur semalam ( 29/4/17 ) dan hari ni ( 30/4/17 ) wan dapat pergi KONGRESS ABS, sebelum ni sebenarnya tarikh ni wan tak dapat nak pergi, tapi dengan izin ALLAH, ALLAH bg peluang wan pergi, wan nak ucap jutaan terima kasih kepada tuan ade azhar islmail sbb bagi tiket kepada wan untuk ke kongress ni. Ramai dah tahu ABS tu apa kan, wan kan berniaga secara online tapi ABS ni kebanyakkan berniaga secara off9, ilmu tu yg wan nak, sbb wan tahu akan ada satu masa off9 ni akan kembali semula memikat hati perniaga, jadi wan ambil kesempatan yg ALLAH bg ni, wan percaya BILA ALLAH BG SOMETHING TU MESTI AKAN SESUATU YANG DIA NAK BAGI, btl kepercayaan tu, wan dapat something dalam kongress ni.
.
.
Hari ni dan semalam wan jumpa ramai orang yang dah lama berniaga dan mereka ada kongsikan kepada wan, jadi insha ALLAH wan boleh guna di dalam perniagaan wan yg baru bertapak di malaysia ni, lagi pun wan kan mempunyai stokis yang di beri tanggungjawab oleh ALLAH untuk wan didik sehingga berjaya, jadi selain dari buku yg wan baca, wan kena juga menuntut ilmu dari pengalaman orang yang dah lama berniaga. Best tau, sbb diorang ni dah “ DAH MAKAN GARAM AWAL “ jadi bila mereka cerita benda yang tak patut di buat, kita orang baru ni fikir dan kalau betul cakapanya jangan sesekali buat nanti kan menagis tak berlagu.
.
.
Bila wan berniaga sendiri ni, wan boleh buat keputusan sendiri, tapi make sure keputusan yang melibatkan kan ramai pihak kena la berbincang, cuma kalau tak melibatkan ramai pihak wan buat keputusan sendiri jer, heheh, demi membangunkan dan mengukuhkan lagi syarikat HSBWAN TRADING SDN BHD atau ramai yang kena PRODUCTWAN, wan kena hadapi semua ni, sekarang wan sangat-sangat percaya dengan kata-kata, CARI LA ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD, bila kita banyak ilmu banyak yg kita akan tahu, aaaaaaa wan baru teringat ada kata-kata dari SAIFUL NANG TADI ilmu di dalam ALQURAN kalau kita boleh tahu sehingga habis dan kita prektikkan insha ALLAH duit dan pahala kita akan dapat bersama-sama.
.
.
Ni la sebabnya wan pergi banyak seminar supaya wan boleh bantu stokis wan yang 90% tidak pernah berniaga ni, bila ALLAH bg tanggungjawab wan kena buat betul-betul supaya ALLAH tidak banyak soal nanti bila di padang masyar. hehehe.

Wan Mohd Harizmi Keempat
Wan Mohd Harizmi
Wan Mohd Harizmi Ketiga
Faiz Nor
Hishammuddin Salleh
Kasih Anuar
Mohd Redzwan

2 comments

Leave a Reply

Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.