SURI RUMAH ZERO IT, ZERO ILMU DAN ZERO BISNES KINI BERGELAR USAHAWAN BERJAYA DAN MEMPUNYAI 400 PENGEDAR

SURI RUMAH ZERO IT, ZERO ILMU DAN ZERO BISNES KINI BERGELAR USAHAWAN BERJAYA DAN MEMPUNYAI 400 PENGEDAR

960 720 Product Wan

Bismillahirrahmanirrahim

Saya tuan noryadaini tuan Ahmad,stokis produk wan tampin.umur 36 tahun dan mempunyai 6 cahayamata. Berasal dari jerantut Pahang dan menetap di gemas n.9

Saya hanyalah suri rumah sepenuh masa sebelum bergelar usahawan online bersama produk wan.ZERO IT ,ZERO ILMU ,ZERO BISNES 😬sehinggalah bertemu dengan produk wan.
Bagaimana saya boleh bermula dan berminat dengan produk wan insyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit dengan sahabat-sahabat kat luar sana, agar dapat memberi motivasi dan pembakar semangat utk sahabat-sahabat  yg masih takut utk bermula khususnya😀

.
.
Pernah mengalami zaman “kejatuhan” apabila suami hanya kerja 5 hari dalam sebulan ekoran banjir teruk yg melanda pantai Timur,lebih teruk lagi masa tu saya sepenuh masa suri rumah ,hanya suami sorang yang bekerja utk sara hidup kami sekeluarga .

Pernah Allah uji saya apabila saya trpaksa cairkan susu tepung anak ekoran tak cukup duit untuk beli susu.kadang2 hujung bulan saya akan kutip dan kumpul duit syiling yang ada hanya nak beli susu dan pampers anak😣memang naik buntu ,memang terduduk saat anak sakit perut minum sirap😭dengan gaji suami yang Ada tak cukup untuk tampung kos Sara hidup kami sekeluarga.
.
.
Itu belum cerita makan minum kami.kalau nak cerita satu-satu memang panjang la perkongsian ni😂cukuplah apa yang berlaku menjadi kekuatan kepada saya utk mengubah taraf hidup kami sekeluarga .saya nekad untuk berniaga.masa tu tak kira niaga apa ,yang saya boleh buat saya buat termasukla saya bercucuk tanam .saya jual sayur kampung,buat kuih ,dan macam2 lagi kerja .
.
.
Alhamdulillah akhirnya dipertemukan dengan produk wan .masa mula2 daftar stokis duit dalam bank cukup-cukup rm700 .itulah duit simpanan yg ada itupun dari claim insuran yg kami dapat ,trpaksa hentikan sbb tak mampu lagi bayar insuran bulan-bulan .modal utk jadi stokis masa tu cukup2 dengan duit yang saya ada .saya istikharah moga Allah tunjuk jalan dan dengan izin suami saya keluarkan duit “hidup mati” bak kata orang😀utk bermula niaga dgn produk wan.

Januari 2106 maka bermula kehidupan saya sebagai stokis produk wan😊alhamdulillah kehidupan kami pun berubah sedikit demi sedikit.dari restok 100 botol,kami up 200 botol,makin hari makin meningkat ,utk bulan ke 3 permulaan sale saya dah cecah hampir 4 angka .memang terkejut sgt dengan apa yg saya dapat.tak pernah terfikir saya akan jadi stokis sbb asalnya saya tak tahu pun apa itu tanggungjawab stokis .masa tu fikir kalau jadi stokis dapat jual,dapat la untung lebih sikit😆.

Syukur dari sehari ,ke bulan ,dan masuk ke setahun saya bersama produk wan,ramai yang terkejut dengan pencapaian yang saya dapat.memang zero IT,tak tahu selok belok niaga ,apatah lagi nak “ber selpi bagai”😂atas dorongan dan tunjuk ajar CEO wan mohd harizmi saya belajar sedikit demi sedikit ,hinggala sekarang.syukur dari zero kini saya sudah punyai 400 agen berdaftar. Alhamdulillah juga semakin ramai suri rumah seperti saya khususnya dah punyai income sendiri ,dan yang paling saya terharu ada antara anak agen saya dapat simpan tabung haji,beli emas dan yg paling teruja bakal miliki kereta hasil dengan jualan produk wan😍

saya masih belajar dan akan terus belajar utk lebih berjaya dimasa hadapan .kalau dulu saya cukup takut ,kalau dulu saya cukup malu!kalau dulu saya serba tak tahu!sekarang saya nak UBAH !

Keluar dari semua zon negatif .takut ,malu ,tak tahu saya dah buang jauh2.nawaitu niaga bukan setakat nak bantu keluarga terdekat tapi nak bantu lebih ramai lagi sahabat2 Kat luar sana yang hidup susah .saya sematkan dalam hati “nak buat sampai “JADI”💪walaupun apa rintangan saya tempuh,walaupun beratus kali salah ,beratus kali down,saya BUAT saya BANGKIT💪SAMPAI JADI!


Harap apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang masih takut ,malu ,dan tak tahu utk bermula .kerana setiap langkah permulaan anda akan membawa setapak demi setapak langkah kejayaan .
.
.
Dan akhir sekali buat sahabat kat luar sana apa sahaja yang kita lakukan pastikan bermula dengan niat yang betul,jaga hubungan dengan Allah yang paling utama kerana Dialah maha Kaya .redho suami@isteri ,redho ibu bapa.Doa jangan putus ,usaha ,konsisten ,fokus,dan usaha yang berterusan ,sabar dan tawakal.semoga sahabat2 berjaya dunia dan akhirat.
😊😊

#stokisprodukwantampin
#doa 100k
#doapergihmrahdanhaji
#doaanak2solehdansolehah
#doamgtrrusiatiqomah

Leave a Reply

Join our Newsletter

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.

Contact Us

We'll send you newsletters with news, tips & tricks. No spams here.